Mengenai NaDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NaDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Felda Tersat pada awalnya adalah hutan belantara yang bentuk buminya berbukit bukau dan tanah rata. Terdapat juga anak-anak sungai yang begitu panjang, semak-samun dan hutan yang begitu luas. Pada akhir 60-an yang mana penduduk kawasan Hulu Berang terutama penduduk tempatan telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan YB Menteri Besar Terengganu. Pada masa itu, YAB. Dato Seri Haji Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad bertempat di kampung Menerong. Dengan rayuan masyarakat setempat yang mana Menteri Besar bersetuju menganugerahkan satu kawasan tanah dan diserahkan kepada pihak FELDA bagi membangunkan dan menjayakan tanah tersebut bagi mengangkat taraf ekonomi masyarakat setempat. Maka dengan itu wujud rancangan Felda Tersat pada tahun 1978/1979.
Nama Tersat diambil daripada nama Sungai Tersat yang dapat dijumpai sebelum pintu gerbang ke rancangan ini.Tanah penempatan Felda Tersat mulai diterokai dan dibangunkan pada 2 peringkat dengan keluasan kawasan perkampungan adalah 106.40 hektar manakala 776.40 hektar dijadikan ladang tanaman kelapa sawit. Lokasi rancangan berada di bawah Daerah Hulu Terengganu. Bilangan peneroka yang telah diterima masuk adalah seramai 187 orang peneroka. Jumlah penduduk adalah seramai lebih kurang 700 orang (tahun 2017).
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024PROGRAM JELAJAH NADI KLUSTER HULU TERENGGANU @ CBT LUBUK BAYAS 
Aktiviti Terkini | 20 September 2024
Program ini diketuai oleh NADI Kampung Menerong dengan kerjasama NADI Kluster Hulu Terengganu...baca selanjutnya
ICT: ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS)
Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2024Aktiviti ini dijalankan dibawah bimbingan staff NADI Felda Tersat bersama pelajar daripada Sk Felda Tersat...baca selanjutnya
ICT: TABLET BURUK
Aktiviti Terkini | 15 Julai 2024Aktiviti ini dijalankan dibawah bimbingan 6 staff NADI daripada kluster Hulu Terengganu ...baca selanjutnya
ICT: TUTORIAL PENGISIAN PROGRAM BANTUAN SUBSIDI MADANI (BUDI)
Aktiviti Terkini | 11 Jun 2024Peserta yang hadir ke NADI adalah terdiri daripada peserta wanita yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan yang memerlukan...baca selanjutnya
KELAS ICT : MENCIPTA E-KARANGAN HARI GURU
Aktiviti Terkini | 9 Mei 2024Latihan ini disertai oleh peserta dari komuniti Felda Tersat yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah Sk Felda Tersat...baca selanjutnya
KELAS ICT : BASIC MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 13 April 2024Latihan ini disertai oleh peserta dari komuniti Felda Tersat yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah Sk Felda Tersat...baca selanjutnya
KELAS ICT MICROSOFT OFFICE PAINT
Aktiviti Terkini | 10 Mac 2024Latihan ini disertai oleh peserta dari komuniti Felda Tersat yang terdiri daripada pelajar sekolah Sk Felda Tersat...baca selanjutnya
E-LEARNING – BAHASA MELAYU
Aktiviti Terkini | 14 Februari 2024Aktiviti ini dijalankan di PEDi Felda Tersat di bawah pengawasan staff PEDi...baca selanjutnya
CANVA TEMPLETE (RESELLER)
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2024Latihan ini dilaksanakan di PEDi Felda Tersat...baca selanjutnya
ADVOKASI KDB: MURID BIJAK INTERNET
Aktiviti Terkini | 13 Februari 2024Aktiviti ini dianjurkan khas buat pelajar-pelajar Sk Felda Tersat dan sekitar...baca selanjutnya
E-LEARNING – SAINS: KAD SINAR-X RANGKA HAIWAN
Aktiviti Terkini | 6 Januari 2024Aktiviti ini dijalankan di PEDi Felda Tersat ...baca selanjutnya
KELAS CANVA – KAD KAHWIN (SIDE INCOME)
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2024Latihan ini dilaksanakan di PEDi Felda Tersat ...baca selanjutnya
ADVOKASI KDB: TIPS MENILAI MAKLUMAT
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2024Aktiviti ini dianjurkan khas buat pelajar-pelajar Sk Felda Tersat......baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya