ADVOKASI KDB: MURID BIJAK INTERNET

Aktiviti terkini | 13 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Tersat

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini dianjurkan khas buat pelajar-pelajar Sk Felda Tersat dan sekitar
• Seramai 10 orang peserta telah hadir ke PEDi untuk menyertai sesi KDB ini yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 7-12 tahun

Tujuan :
• Taklimat ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah terhadap penggunaan internet secara berhemah.
• Berkongsi ilmu pengetahuan tentang langkah berjaga-jaga akan jenayah siber dalam talian.
• Meningkatkan tahap kesedaran supaya lebih berwaspada terhadap sesuatu isu sebelum disebarkan

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta hadir ke PEDi Felda Tersat dan membuat pendaftaran kehadiran
• Taklimat diberikan oleh Penolong Pengurus PEDi Felda Tersat
• Penolong Pengurus menceritakan beberapa kisah benar yang pernah berlaku akibat penyebaran berita palsu dalam negara Malaysia

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu membuka minda dan mata peserta untuk lebih berwaspada ketika menggunakan internet.
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang keselamatan dalam menggunakan internet.
• Internet merupakan satu elemen yang kan digunakan secara menyeluruh di masa hadapan. Maka Pendidikan yang tepat sejak kecil adalah mustahak agar generasi muda Celik teknologi dan mampu menjadi pemacu negara di masa akan datang

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :