INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Felda Tersat pada awalnya adalah hutan belantara yang bentuk buminya berbukit bukau dan tanah rata. Terdapat juga anak-anak sungai yang begitu panjang, semak-samun dan hutan yang begitu luas. Pada akhir 60-an yang mana penduduk kawasan Hulu Berang terutama penduduk tempatan telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan YB Menteri Besar Terengganu. Pada masa itu, YAB. Dato Seri Haji Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad bertempat di kampung Menerong. Dengan rayuan masyarakat setempat yang mana Menteri Besar bersetuju menganugerahkan satu kawasan tanah dan diserahkan kepada pihak FELDA bagi membangunkan dan menjayakan tanah tersebut bagi mengangkat taraf ekonomi masyarakat setempat. Maka dengan itu wujud rancangan Felda Tersat pada tahun 1978/1979.

Nama Tersat diambil daripada nama Sungai Tersat yang dapat dijumpai sebelum pintu gerbang ke rancangan ini. Tanah penempatan Felda Tersat mulai diterokai dan dibangunkan pada 2 peringkat dengan keluasan kawasan perkampungan adalah 106.40 hektar manakala 776.40 hektar dijadikan ladang tanaman kelapa sawit. Lokasi rancangan berada di bawah Daerah Hulu Terengganu. Bilangan peneroka yang telah diterima masuk adalah seramai 187 orang peneroka. Jumlah penduduk adalah seramai lebih kurang 700 orang (tahun 2017).

Rekreasi & Pelancongan
Tasek Kenyir
Air Terjun Sekayu
Kalang Rengas
Warisan Pahlawan Resorts

Tempat Makan Menarik



Sri Gunung
Warung Sri Menerong
Jonet Wester



Kemudahan Awam
Masjid Felda Tersat
Dewan Badminton
Dewan Serbaguna
Klinik Desa
Pendidikan
Tabika Kemas Felda Tersat
Sk Felda Tersat
Pusat Literasi Keluarga
Kisah Kejayaan

Siti Noor Shamirah atau dkenali sebagai Mira oleh penduduk setempat merupakan anak kepada peneroka di Felda Tersat. Mira kini berusia 27 tahun dan sudah mendirikan rumahtangga. Selepas tamat belajar di pengajian tinggi, Mira mendapat peluang pekerjaan sebagai Site Safety Supervisor di salah sebuah syarikat bertempat di Pengerang, Johor. Selepas 4 tahun berada di perantauan, beliau mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan di kampung halaman dan seterusnya dapat tinggal berdekatan dengan keluarga.

Bermula tahun 2019, Mira mula menjalankan perniagaan tauhu bergedil daging. Pada awalnya perniagaan adalah sekitar Felda Tersat sahaja dengan hanya menawarkan set Single yang mengandungi 5 biji bergedil dengan harga RM5. Setelah itu, perniagaan beliau mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk setempat dan beliau mula mempromosikan perniagaan melalui aplikasi Facebook dengan menawarkan pilihan set yang pelbagai iaitu Single pack: RM5 (5 pcs), Meal pack: RM10 (10 pcs), Family pack: RM20 (21 pcs), Cheezy pack: RM4 (5 pcs) dan Frozen pack : RM10 (12 pcs). Selain bergedil, beliau juga membekalkan makanan sejuk beku lain seperti karipap dan donut.

Kini, permintaan semakin hangat bukan hanya daripada penduduk setempat, malah berkembang sehingga seluruh Hulu Terengganu dan terkenal sebagai pembekal bergedil sejuk beku. Bagi yang berminat untuk mendapatkan tauhu bergedil atau lain-lain produk sejuk beku daripada Mira, boleh hubungi beliau melalui talian Whatsapp 0146629422 atau boleh lawati laman aplikasi Facebook beliau Myra Shamey.

Keusahawanan


Jenis Perniagaan: Sos Keropok
Nama Perniagaan: Colek Keropok Kak Ma
Nama Pengusaha: Normala binti Alias
No Telefon: 0148019838
Alamat: Kampung Menerong

Normala binti Alias merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampung Menerong berdekatan dengan Pusat Internet Felda Tersat. Sebagai ibu tunggal beliau bergantung harap kepada kerja-kerja kampung, iaitu pembantu kantin di sebuah sekolah di kawaan berdekatan. Mempunyai 5 orang anak, sudah pasti kehidupan beliau sekeluarga sangat terjejas akibat daripada Covid-19. Hal ini disebabkan oleh penutupan sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac yang lalu.

Oleh hal yang demikian, beliau mengambil iniasitif mencari punca pendapatan lebih dengan terlibat dalam bidang keusahawanan. Disebabkan beliau mahir dalam masakan, beliau telah menperkenalkan sos keropok lekor atau dipanggil Sos Colek Kak Ma. Beliau melihat peluang pasaran yang agak memuaskan apabila penduduk sekitar masih tidak ada penduduk sekitar menjalankan perniagaan sos keropok lekor yang sedemikian.

Beliau bermula dengan memasarkan produk secara mulut ke mulut dengan memperkenalkan produknya kepada jiran dan guru-guru sekolah. Apabila hasil jualan mendapat permintaan lebih tinggi, beliau meletakkan modal dengan membeli botol khas dan menghasilkan pelekat, “sticker” dengan nama COLEK KEROPOK KAK MA untuk ditampal sebagai identiti kepada produk beliau.

Dengan bantuan anak beliau, beliau cuba memasarkan Colek Keropok Kak Ma secara atas talian. Bermula dengan memuat naik gambar di status Whatsapp, peningkatan permintaan terhadap produk beliau semakin meningkat. Dengan menggunakan kemudahan di Pusat Internet Felda Tersat, kini beliau mengorak langkah memajukan lagi produk di Facebook beliau iaitu Normala Alias.