E-LEARNING – SAINS: KAD SINAR-X RANGKA HAIWAN

Aktiviti terkini | 6 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Tersat

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan di PEDi Felda Tersat
• Seorang peserta berumur 11 Tahun telah hadir ke PEDi untuk menjalankan aktiviti ini
• Semua bahan dan peralatan telah disediakan oleh pihak PEDi Felda Tersat

Tujuan :
• Kelas ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta terhadap rangka haiwan vertebrata mengikut kreativiti mereka
• Menambah ilmu pengetahuan dan mengembangkan idea peserta menerusi gambaran yang diberi
• Menerusi kelas Sains ini, skop akan menjadi lebih tertumpu dan ramai generasi muda dapat dibantu.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Penerangan dan perkongsian mengenai haiwan vertebrata melalui video youtube dan google telah disampaikan sebelum aktiviti dimulakan
• Peralatan yang digunakan adalah seperti kadbod hitam, gam, tali, putik kapas atau bahan-bahan terpakai yang lain
• Satu video telah dihasilkan bersama peserta untuk dikongsikan di laman sosial PEDi Felda Tersat

Kelebihan Aktiviti :
• Penyampaian informasi kepada peserta juga dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami dan menghiburkan
• Melahirkan generasi muda yang memiliki intelektual tinggi dalam bidang sains dan teknologi
• Menarik minat peserta untuk suka belajar dan meneroka subjek sains melalui kaedah yang jauh lebih menarik

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :