ICT: TUTORIAL PENGISIAN PROGRAM BANTUAN SUBSIDI MADANI (BUDI)

Aktiviti terkini | 11 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Tersat

Ringkasan Aktiviti :
• Latihan ini disertai oleh seorang peserta dari komuniti Felda Tersat
• Peserta yang hadir ke NADI adalah terdiri daripada peserta wanita yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan yang memerlukan
• Pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu sementara petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

Tujuan :
• Kelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak terutamanya dalam kalangan komuniti setempat

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Latihan dijalankan dibawah pengawasan dan bimbingan staff NADI Felda Tersat
• Penerangan mengenai subsidi dan syarat kelayakan turut di jelaskan kepada komuniti sebelum tutorial pengisian dibuat

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu memberi penerangan dengan lebih jelas mengenai bantuan yang diberikan oleh kerajaan
• Menyebarkan maklumat kepada komuniti berkenaan program bantuan subsidi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan
• Membantu komuniti yang layak untuk melengkapkan permohonan melalui laman web Budi Madani

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :