KELAS ICT : MENCIPTA E-KARANGAN HARI GURU
Aktiviti terkini | 9 Mei 2024Tempat Aktiviti:
NADI Felda Tersat
Ringkasan Aktiviti :
• Latihan ini disertai oleh peserta dari komuniti Felda Tersat yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah Sk Felda Tersat
• Seramai 10 orang pelajar yang berumur 7-12 tahun telah hadir ke NADI Felda Tersat untuk sama-sama menimba ilmu disamping menyemai sifat menghargai jasa guru dalam diri mereka
Tujuan :
• Aktiviti mencipta e-karangan hari guru dijalankan adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang banyak berbakti kepada anak bangsa dalam bidang pendidikan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Latihan dijalankan dibawah pengawasan dan bimbingan staff NADI Felda Tersat
• Satu latihan atau tugas diberikan kepada peserta setelah demonstrasi dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman peserta dalam menggunakan Microsoft Word
Kelebihan Aktiviti :
• Microsoft Word adalah alat fleksibel yang memenuhi banyak keperluan dokumen digital dan ia juga merupakan salah satu aplikasi yang mesra pengguna
• Menyediakan tools yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.
• Belajar membuat teks beformat dan perenggan
Nama VIP :
Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :