ICT: ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS)

Aktiviti terkini | 6 Ogos 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Tersat

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan dibawah bimbingan staff NADI Felda Tersat bersama pelajar daripada Sk Felda Tersat
• Peserta yang hadir terdiri daripada kalangan komuniti setempat
• Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan jumlah bacaan yang dikumpulkan secara kumulatif oleh pelajar

Tujuan :
• Kelas ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap satu aplikasi baru, mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Murid membawa buku NILAM yang telah direkod bacaanya untuk dipindah masuk dan direkod ke dalam sistem AINS
• Murid-murid boleh merekod bacaan dan memberi ulasan kepada maklumat dan pengetahuan yang diperolehi dari pelbagai sumber ke dalam system AINS.

Kelebihan Aktiviti :
• Membudayakan sikap suka membaca dalam kalangan pelajar sekolah secara berterusan sebagai salah satu proses pembelajaran sepanjang hayat
• Memudahkan pengumpulan rekod-rekod bacaan
• Menarik minat murid untuk membuat NILAM menggunakan kaedah dan cara yang berbeza

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :