PROGRAM JELAJAH NADI KLUSTER HULU TERENGGANU @ CBT LUBUK BAYAS

Aktiviti terkini | 20 September 2024

Tempat Aktiviti:
Cbt Lubuk Bayas, Kampung Menerong

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diketuai oleh NADI Kampung Menerong dengan kerjasama NADI Kluster Hulu Terengganu
• Setiap NADI telah diberi tugasan untuk mengendalikan setiap booth seperti booth inisiatif Kerajaan, booth Klik dengan Bijak dan sebagainya
• Aktiviti komuniti seperti mewarna, sukaneka & STEM-IOT juga turut diadakan dan pelbagia hadiah menarik menanti setiap peserta

Tujuan :
• Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mencapai sasaran pihak Kerajaan dalam membantu rakyat dari aspek inisiatif Kerajaan, Kesedaran Klik Dengan Bijak, Kesedaran Mydigital ID dan banyak lagi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari
• Aktiviti senamrobik dimulakan dengan pengendalian daripada pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu (PKDHT) dan disertai oleh staff NADI dan komuniti
• Booth dibuka kepada komuniti dan pelbagai pertandingan seperti mewarna dimulakan dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada komuniti setempat dan sekitar mengenai fungsi NADI & perkhidmatan terbaru yang ditawarkan
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak NADI dan juga komuniti

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :